Sabah juga menempatkan kawasan pemuliharaan orang utan sama ada yang masih kecil atau sudah dewasa. Santuari ini mengekalkan ciri-ciri habitat asli orang utan dan pengunjung berpeluang untuk berinteraksi dengan haiwan ini dengan lebih dekat.
Selain itu, Pulau Mataking sering menjadi destinasi pilihan bagi pelancong luar untuk berbulan madu kerana kejernihan air laut dan lokasi resort yang betul-betul di tepi pantai. Di sekitarnya juga terdapat beberapa tapak menyelam untuk melihat terumbu karang dan kehidupan marin di sini.
Bagi yang ingin merasai sendiri pengalaman menaiki kereta api steam seperti zaman dulu kala bolehlah singgah North Borneo Railway. Bayaran menaiki kereta api klasik ini sangat berpatutan dan pelancong berpeluang untuk melihat suasana hutan dan perkampungan di sepanjang perjalanan menaiki kereta api.
Kita juga ada Kolam Air Panas Poring iaitu salah satu tempat yang menarik di Kundasang kerana air panasnya adalah berpunca daripada aliran air panas gunung. Kemudahan yang lengkap di sini sesuai untuk bersantai dan berkelah bersama keluarga.
No comments:
Post a Comment