Tuesday 4 October 2016

TEMPAT MENARIK DI MELAKA


Melaka dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah, Melaka Darul Azim atau Negeri Hang Tuah. Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Terdapat banyak tempat menarik di Melaka, kita boleh melakukan pelbagai aktiviti di Melaka selain melawat tempat-tempat bersejarah. Gambar di atas merupakan gambar Kota A famosa. Kota A Famosa yang terletak di Negeri Melaka merupakan sebuah tapak kubu peninggalan Portugis yang berusia lebih daripada 500 tahun dan merupakan bahan binaan Eropah yang tertua di Asia. Ia juga merupakan mercu utama Negeri Melaka Bandar Bersejarah dan merupakan tempat bersejarah di Malaysia yang paling popular.



River Cruise adalah salah satu tempat anda boleh menaiki bot yang disediakan dan akan menyusuri Sungai Melaka. Namun, anda boleh berjalan kaki di sepanjang pesisiran sungai yang turut disediakan tempat pejalan kaki. Di sepanjang jalan itu, anda boleh lihat “Street Art” atau seni lukisan di dinding bangunan berdekatan. 



The Shore Sky Tower adalah tempat menarik di Melaka anda wajib cuba. Sky Tower ini terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery bersamaan 163 meter dari paras laut. Yang menariknya di sini adalah terdapat lantai kaca yang lutsinar. Ia akan menguji keberanian seseorang dan bukanlah untuk orang yang gayat. Di atas sana, anda boleh melihat permandangan sekeliling.



Selain itu, di Upside Down House juga tempat yang seronok untuk kunjungi kerana di dalamnya adalah seperti rumah biasa sahaja, terbahagi 5 bahagian iaitu bilik tidur utama, bilik tidur anak, ruang tamu, dapur dan tandas. Semuanya terbalik di dunia ini!


No comments:

Post a Comment