Tuesday 4 October 2016

TEMPAT MENARIK DI JOHOR


Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia semenjak penubuhannya. Legoland mempunyai 3 buah Roller Coaster dan kesemuanya disediakan dalam keadaan yang bersesuaian dan selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Terdapat lebih 40 buah permainan taman tema untuk anda cuba dan di antaranya adalah seperti Wave Racers dan Water Splash. Anda juga dinasihatkan untuk membawa pakaian lebih kerana anda pasti basah kuyup ketika bermain permainan ini. Jika anda risau mengenai makanan di LEGOLAND ini, pastinya ia tidak bagi anda kerana Legoland menyediakan pelbagai gerai makanan yang halal dan mengikut selera anda. Namun, kebanyakan makanan lebih antarabangsa dan harganya juga agak sedikit mahal. Bagi yang mengemarkan membeli-belah pula, anda boleh membeli cenderamata Legoland di The BIG shop, Mini Market, The Brick Shop, Kings Market, dan Adeventurers Depot. Selain daripada Cenderamata, anda juga boleh membeli lego dan permainan yang lain untuk anak-anak anda. 



Jika anda peminat seni binaan yang moden dan unik, boleh melihat sendiri kelainan yang ada pada "Galeri Glulam". Berkeluasan 4.9 ekar, bangunan ikonik ini dimiliki oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia. Ia telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records kerana mengguna glue-laminated timber (Glulam) sebagai bahan struktur binaan yang pertama berkonsepkan hanya Iconic Timber Building berbentuk separa payung. Mengguna lebih daripada 80% kayu keras Malaysia seperti Resak, Keruing, Kekatong, Balau dan Belian. Ia menjadi tempat showcase dan referral centre bagi arkitek, jurutera, kontraktor serta pihak berkuasa tempatan.



Syurga membeli-belah yang wajib anda pergi di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Sepanjang jalan ia dipenuhi dengan deretan kedai menjual berbagai jenis makanan tradisional Johor, hasil-hasil kampung, perkakasan rumah, bunga tiruan, serta aksesori  dan hiasan daripada seramik. Jika anda beli banyak barang, anda bolehlah mencuba tawar menawar dengan tuan kedai.



Tanjung piai, Pontian terkenal dengan restoran makanan laut, ia menjadi tumpuan penggemar hidangan ini. Kebanyakan restoran ini terapung di atas laut. Tanjung Piai dikelilingi dengan hutan paya bakau yang masih cantik dan belum terdedah pada pencemaran mahupun pembangunan. Ia juga menjadi habitat untuk hidupan laut, haiwan liar dan burung eksotik. Sebuah mercu tanda yang menandakan Tanjung Piai sebagai 'Tanah Terselatan Benua Asia' dibina oleh kerajaan negeri Johor untuk tatapan pengunjung yang datang ke sini.



No comments:

Post a Comment