Tuesday 4 October 2016

TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR



Menara Berkembar Petronas KLCC adalah salah satu bangunan yang menjadi tarikan pelancong. Bangunan ini ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Ia juga dikenali sebagai ibu negara Malaysia yang menawarkan banyak destinasi pelancongan yang menarik sebagai tempat hiburan keluarga, mercu-mercu tanda negara dan juga mempunyai banyak pilihan tempat untuk membeli-belah.



Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. Menara ini merupakan bangunan komunikasi ketujuh tertinggi di dunia. Menara ini lebih tinggi berbanding Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur kerana terletak pada di kemuncak 94m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Pelancong melawat Menara KL untuk mempunyai pandangan 360 darjah bandar. Lif hanya mengambil masa 54 saat naik ke dek pemerhatian dan mengambil 52 saat untuk turun.



Bangunan Sultan Abdul Samad ialah bangunan sejarah yang unik senibinanya ini telah menjadi saksi ketika saat kemerdekaan negara di Malaysia suatu ketika dahulu.  Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894. Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka. Bangunan yang masih utuh dan berusia lebih sedekad ini sering menjadi destinasi pilihan bagi pelancong luar di Kuala Lumpur kerana keunikannya yang tidak ternilai harganya. Pada waktu malam, suasana di sini juga menarik dan meriah dengan sinaran lampu neon yang melimpahi bangunan ini.



Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor terletak dipusat pentadbiran lama Kuala Lumpur. Pada asalnya ia merupakan padang kriket bagi Kelab Selangor (kini Kelab diraja Selangor). Dataran Merdeka adalah salah satu tempat untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara Malaysia pada setiap tahun. Di sini juga terletaknya sebatang tiang bendera Malaysia yang merupakan tertinggi di Malaysia. Sesuai untuk bersantai-santai bersama kawan di padang mahupun untuk bergambar melihat bangunan-bangunan menarik di sekitarnya.

No comments:

Post a Comment