Tuesday 4 October 2016

TEMPAT MENARIK DI SARAWAK



Gambar rajah di atas menunjukkan di Kuching atau Bandar Raya Kuching merupakan ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Ia adalah lokasi yang terbaik untuk melancong kerana Bandar Raya Kuching ini mempunyai tempat yang cukup cantik dan unik. Tempat penginapan tidak menjadi masalah kerana banyak kemudahan hotel ada sekitar di pusat bandaraya. Anda juga tidak perlu risau tentang makanan kerana banyak restoran yang menyediakan berbagai juadah makanan tempatan dan juga luar.


Selain itu, Taman Negara Niah cukup dikenali mungkin kerana tercatatnya Gua Niah sebagai gua terbesar di Malaysia. Sebenarnya, Taman Negara Niah adalah taman negara yang terkecil di Sarawak. Namun begitu, ia salah satu daripada yang paling banyak menerima kunjungan pelancong.


Bagi peminat alam semulajadi, anda dialukan menggembara ke Taman Negara Mulu pasti memberikan kepuasan yang anda cari. Ia adalah antara destinasi pelancongan yang paling menarik di Sarawak. Keistimewaan taman negara ini ialah bentuk geografi semulajadi yang unik dan cukup mengagumkan.


Selain makanan yang terkenal di Sarawak seperti Laksa Sarawak, tebaloi, sayur midin dan ulat sagu. Anda juga boleh menikmati Kek Sarawak yang dibuat oleh air tangan orang Sarawak di sana.




TEMPAT MENARIK DI SABAH



Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara. Ia juga tempat utama pelancongan yang sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong luar yang berminat dengan pendakian.



Sabah juga menempatkan kawasan pemuliharaan orang utan sama ada yang masih kecil atau sudah dewasa. Santuari ini mengekalkan ciri-ciri habitat asli orang utan dan pengunjung berpeluang untuk berinteraksi dengan haiwan ini dengan lebih dekat.


Selain itu, Pulau Mataking sering menjadi destinasi pilihan bagi pelancong luar untuk berbulan madu kerana kejernihan air laut dan lokasi resort yang betul-betul di tepi pantai. Di sekitarnya juga terdapat beberapa tapak menyelam untuk melihat terumbu karang dan kehidupan marin di sini.


Bagi yang ingin merasai sendiri pengalaman menaiki kereta api steam seperti zaman dulu kala bolehlah singgah North Borneo Railway. Bayaran menaiki kereta api klasik ini sangat berpatutan dan pelancong berpeluang untuk melihat suasana hutan dan perkampungan di sepanjang perjalanan menaiki kereta api.


Kita juga ada Kolam Air Panas Poring iaitu salah satu tempat yang menarik di Kundasang kerana air panasnya adalah berpunca daripada aliran air panas gunung. Kemudahan yang lengkap di sini sesuai untuk bersantai dan berkelah bersama keluarga.



TEMPAT MENARIK DI PERAK



Menara Condong Teluk Intan dulunya merupakan sebuah tempat penyimpanan air dan menara jam. Namun kini, ianya jadi sebuah mercu utama untuk bandar Teluk Intan dan negeri Perak. Dari jauh, bangunan yang sangat ikonik kelihatan condong dan pengunjung berpeluang menaiki ke atas menerusi tangga yang ada di menara ini.


Selain itu, Pulau Sembilan merupakan rimpunan 9 pulau-pulau kecil di Perak yang menjadi tarikan kepada pelancong untuk mencuba aktiviti memancing, snorkeling atau scuba diving. Satu tempat menarik di Perak untuk melihat terumbu karang dan hidupan marin yang eksotik di sini. 


Seterusnya, di Perak kita ada Teluk Senangin iaitu sebuah kawasan peranginan yang sangat popular di Perak dan di sini terdapat beberapa resort yang sesuai untuk percutian bersama keluarga. Terdapat juga beberapa aktiviti sukan air di sini seperti banana ride dan menaiki boat.


Jika anda berminat untuk mendaki bukit atau berminat benda yang ekstrem iaitu menaiki jip anda bolehlah datang mengunjungi di Bukit Larut (Maxwell Hill). Ia juga mempunyai beberapa aktiviti seperti Jungle Trekking, mandi air terjun, melihat pokok-pokok bunga atau sekadar jalan-jalan untuk melihat pemandangan yang indah dari puncak bukit ini.


Gua Tempurung juga salah satu gua yang mudah diakses dan menjadi tarikan pengunjung untuk merasai pengalaman menerokai gua di Gopeng. Jangan risau kemudahan seperti platform pejalan kaki dan lampu juga disediakan.




TEMPAT MENARIK DI NEGERI SEMBILAN


Negeri Sembilan terkenal dengan reka bentuk rumahnya iaitu rumah Minangkabau. Ia juga terkenal dengan adat perpatih yang hanya digunakan di Negeri Sembilan sahaja di Malaysia.



Negeri Sembilan terkenal dengan tempat menarik di bahagian Port Dickson kerana terletaknya pantai-pantai yang sering menjadi tumpuan dari Kuala Lumpur dan Selangor. 



Jelita Ostrich Farm merupakan salah satu tempat menarik di Negeri Sembilan iaitu sebuah ladang burung unta yang terletak di Jalan Sungai Serip, Seremban. Pengunjung berpeluang untuk melihat, menunggang, belajar proses penetasan telur burung unta dan juga boleh membeli barangan cenderahati. Selain itu, ia juga boleh merasai kekerasan telur burung unta ini dengan memijaknya yang mampu menahan beban sehingga 100 kilogram. 



Seterusnya, anda juga boleh pergi mengunjung di Pusat Penetasan Penyu iaitu sebuah santuari pemeliharaan dan pemuliharaan penyu yang terletak di Batu 2 Port Dickson dan berdekatan dengan Glory Beach Resort. Ia merupakan tarikan pelancongan yang baru di Port Dickson yang tidak ramai tahu untuk melihat penyu dari jenis karah ataupun penyu sisik.




Jika anda berminat untuk membeli-belah anda juga dialu-alukan untuk mengunjung di Nilai 3 Wholesale Centre untuk mencari barangan seperti karpet, perkakasan hantaran kahwin, aksesori kereta, tekstil dan sebagainya pada harga borong.





TEMPAT MENARIK DI MELAKA


Melaka dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah, Melaka Darul Azim atau Negeri Hang Tuah. Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Terdapat banyak tempat menarik di Melaka, kita boleh melakukan pelbagai aktiviti di Melaka selain melawat tempat-tempat bersejarah. Gambar di atas merupakan gambar Kota A famosa. Kota A Famosa yang terletak di Negeri Melaka merupakan sebuah tapak kubu peninggalan Portugis yang berusia lebih daripada 500 tahun dan merupakan bahan binaan Eropah yang tertua di Asia. Ia juga merupakan mercu utama Negeri Melaka Bandar Bersejarah dan merupakan tempat bersejarah di Malaysia yang paling popular.



River Cruise adalah salah satu tempat anda boleh menaiki bot yang disediakan dan akan menyusuri Sungai Melaka. Namun, anda boleh berjalan kaki di sepanjang pesisiran sungai yang turut disediakan tempat pejalan kaki. Di sepanjang jalan itu, anda boleh lihat “Street Art” atau seni lukisan di dinding bangunan berdekatan. 



The Shore Sky Tower adalah tempat menarik di Melaka anda wajib cuba. Sky Tower ini terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery bersamaan 163 meter dari paras laut. Yang menariknya di sini adalah terdapat lantai kaca yang lutsinar. Ia akan menguji keberanian seseorang dan bukanlah untuk orang yang gayat. Di atas sana, anda boleh melihat permandangan sekeliling.



Selain itu, di Upside Down House juga tempat yang seronok untuk kunjungi kerana di dalamnya adalah seperti rumah biasa sahaja, terbahagi 5 bahagian iaitu bilik tidur utama, bilik tidur anak, ruang tamu, dapur dan tandas. Semuanya terbalik di dunia ini!


TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU


Masjid Kristal, Terengganu merupakan salah satu masjid yang unik dan mempunyai personaliti tersendiri. Selain itu, ia juga merupakan salah satu tarikan pelancongan utama yang ada di bandar Kuala Terengganu dan keindahannya tak dapat dinafikan. 



Di Kampung Losong, Terengganu juga terkenal dengan membuat keropok seperti keropok losong dan dikhaskan dengan sos cili dengan pembuatan sendiri. 



Seterusnya, terdapat muzium utama di negeri Terengganu yang terletak di Kampung Losong dan terkenal kerana reka bentuknya yang unik dan diperakui sebagai muzium yang terbesar di asia tenggara. 



Di sini pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat artifak ikonik negeri Terengganu iaitu Batu Bersurat.



Bagi yang mencari kain sutera dan batik Terengganu, Pasar Kedai Payang merupakan destinasi yang paling popular. Pasar basah dan kering ini merupakan tempat membeli-belah di Terengganu yang wajib dikunjungi sekiranya ingin mengenali budaya perniagaan di sini. 



Taman Tamadun Islam juga merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Terengganu yang cukup popular kerana di sinilah terletaknya 21 monumen replika bangunan terkenal di dunia yang mempunyai seni bina yang asli seperti yang asal. Antara yang menjadi tumpuan adalah replika Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Taj Mahal, Kota Islam Lama Aleppo, Kubak As Sakhrah dan sebagainya.

TEMPAT MENARIK DI KEDAH


Pulau Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Langkawi terkenal dengan sejarah tentang Mahsuri. Jika mahu tahu lebih lanjut tentang Mahsuri anda bolehlah pergi ke Kota Mahsuri dan Makam Mahsuri. Di sini anda berpeluang melihat patung helang merah coklat gergasi sedang bersedia untuk terbang yang dibina sebagai lambang Pulau Langkawi. Angin laut yang menenangkan membuat Dataran Lang sesuai untuk berjalan santai dan bergambar. Rasanya tidak lengkap percutian anda di Pulau Langkawi jika anda tidak bergambar di sini sebagai tanda kenangan yang anda telah pun sampai ke pulau ini.



Jangan lepaskan juga peluang untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam di dunia dengan kecuraman 42 darjah.




Selepas anda menaiki kereta kabel anda bolehlah singgah di Jambatan Udara atau Langkawi Sky Bridge yang melengkung ini dibina di atas puncak Gunung Mat Chincang.




Air Terjun Telaga Tujuh boleh dikatakan tempat paling tenang di Pulau Langkawi. Air terjun ini terletak di Gunung Mat Cincang. Air terjun ini dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini dibentuk dari tujuh mata air semulajadi yang mengalir ke tujuh telaga semulajadi yang berasingan.



Selain itu, Pekan Kuah juga tempat menarik untuk kunjungi. Mengikut lagenda, Pekan Kuah mendapat namanya daripada peristiwa pergaduhan anatara dua gergasi, Mat Cincang dan Mat Raya yang wujud pada masa silam. Akibat daripada pertarungan ini kuah gulai tertumpah mengenangi kawasan ini dan dari situ Pekan Kuah mendapat namanya. Di pekan ini terdapat tempat membeli-belah bebas cukai, jeti feri, Dataran Helang, Restoran, Bank & Pejabat Kerajaan.



Bukit Bendera adalah stesen bukit penjajah pertama yang dibangunkan di Semenanjung Malaysia. Terdiri daripada Western Hill, Bukit Laksamana, Tiger Hill, Flagstaff Hill dan Government Hill, ia terletak 6KM dari Georgetown, Pulau Pinang. Terletak 821 meter di atas ibu kota Pulau Pinang, ia biasanya kira-kira lima darjah lebih sejuk daripada Georgetown. Ia adalah hutan hujan tropika terakhir di Pulau Pinang. flora dan fauna di sini telah dilindungi sejak 1960. Tetapi ia tidak mempunyai keutamaan yang sama seperti Genting Highlands, Bukit Fraser atau Cameron Highlands tetapi ia adalah salah satu tarikan pelancong yang paling terkenal di Pulau Pinang.



Cara yang paling popular untuk bahagian atas bukit adalah Kereta Api Bukit Bendera. Terletak di kaki bukit, funicular ini bermula dari Air Itam. Dibina pada tahun 1923, ia adalah salah satu sistem funikular tertua di dunia dan mempunyai trek 2,007 meter panjang yang memanjat bukit di merangkak kadar yang 30 minit.



Salah satu destinasi atau tempat menarik di Penang yang paling popular di Pulau Pinang (sebenarnya, ia adalah destinasi kedua paling popular selepas Georgetown), Batu Feringghi terdiri daripada hamparan panjang lembut, pantai berpasir putih sepanjang jalan penggunungan dinamakan Jalan Batu Feringghi, penuh dengan pelbagai tempat penginapan dan makan pilihan. Pasar malamnya memang terkenal, manakala perairannya yang tempat popular untuk pelbagai aktiviti sukan air seperti parasailing dan luncur angin.




TEMPAT MENARIK DI PAHANG


Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan destinasi percutian tanah tinggi yang paling popular di Malaysia. Cameron Highlands terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negeri yang kaya dengan khazanah hutan semula jadinya. Terdapat ladang sayur-sayuran, buah-buahan, ladang teh, bunga, herba dan lain-lain. Banyak tempat penginapan seperti hotel, apartmen dan homestay. Di Cameron Highlands mempunyai ladang teh yang sangat luas dan besar dan dianggarkan berkeluasan sehingga 8,000 ekar dan juga merupakan ladang teh yang terbesar di asia tenggara. Suasana di sekitar Cameron Highland yang sejuk dan kelilingi kehijauan hutan amat sesuai untuk mereka yang cari ketenangan dan ingin lari daripada bunyi bising di bandar. Tambahan pula, pengunjung akan dapat menghirup udara segar di pagi hari, berjalan kaki sambil melihat keindahan alam semulajadi akan membuatkan pengunjung lupa seketika masalah kerja.



Genting Highland ialah taman tema yang terkenal di Malaysia, mempunyai berbagai permainan riang-ria yang boleh anda rasai di sini. Genting Highland adalah lokasi yang sesuai untuk percutian bersama keluarga, berbulan madu atau bersuka ria bersama rakan-rakan.




Bukit Fraser adalah sebuah lagi tempat peranginan tanah tinggi yang membuatkan anda merasa seperti melancong ke luar negara. Bangunan ini cantik ala England, memerhati lebih 260 species burung, berkayuh di tasik, merentas hutan, taman flora, ladang strawberry dan macam-macam lagi aktiviti menarik untuk memenuhi percutian anda di peranginan tanah tinggi ini. 





TEMPAT MENARIK DI JOHOR


Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia semenjak penubuhannya. Legoland mempunyai 3 buah Roller Coaster dan kesemuanya disediakan dalam keadaan yang bersesuaian dan selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Terdapat lebih 40 buah permainan taman tema untuk anda cuba dan di antaranya adalah seperti Wave Racers dan Water Splash. Anda juga dinasihatkan untuk membawa pakaian lebih kerana anda pasti basah kuyup ketika bermain permainan ini. Jika anda risau mengenai makanan di LEGOLAND ini, pastinya ia tidak bagi anda kerana Legoland menyediakan pelbagai gerai makanan yang halal dan mengikut selera anda. Namun, kebanyakan makanan lebih antarabangsa dan harganya juga agak sedikit mahal. Bagi yang mengemarkan membeli-belah pula, anda boleh membeli cenderamata Legoland di The BIG shop, Mini Market, The Brick Shop, Kings Market, dan Adeventurers Depot. Selain daripada Cenderamata, anda juga boleh membeli lego dan permainan yang lain untuk anak-anak anda. 



Jika anda peminat seni binaan yang moden dan unik, boleh melihat sendiri kelainan yang ada pada "Galeri Glulam". Berkeluasan 4.9 ekar, bangunan ikonik ini dimiliki oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia. Ia telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records kerana mengguna glue-laminated timber (Glulam) sebagai bahan struktur binaan yang pertama berkonsepkan hanya Iconic Timber Building berbentuk separa payung. Mengguna lebih daripada 80% kayu keras Malaysia seperti Resak, Keruing, Kekatong, Balau dan Belian. Ia menjadi tempat showcase dan referral centre bagi arkitek, jurutera, kontraktor serta pihak berkuasa tempatan.



Syurga membeli-belah yang wajib anda pergi di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Sepanjang jalan ia dipenuhi dengan deretan kedai menjual berbagai jenis makanan tradisional Johor, hasil-hasil kampung, perkakasan rumah, bunga tiruan, serta aksesori  dan hiasan daripada seramik. Jika anda beli banyak barang, anda bolehlah mencuba tawar menawar dengan tuan kedai.



Tanjung piai, Pontian terkenal dengan restoran makanan laut, ia menjadi tumpuan penggemar hidangan ini. Kebanyakan restoran ini terapung di atas laut. Tanjung Piai dikelilingi dengan hutan paya bakau yang masih cantik dan belum terdedah pada pencemaran mahupun pembangunan. Ia juga menjadi habitat untuk hidupan laut, haiwan liar dan burung eksotik. Sebuah mercu tanda yang menandakan Tanjung Piai sebagai 'Tanah Terselatan Benua Asia' dibina oleh kerajaan negeri Johor untuk tatapan pengunjung yang datang ke sini.



TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR



Menara Berkembar Petronas KLCC adalah salah satu bangunan yang menjadi tarikan pelancong. Bangunan ini ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Ia juga dikenali sebagai ibu negara Malaysia yang menawarkan banyak destinasi pelancongan yang menarik sebagai tempat hiburan keluarga, mercu-mercu tanda negara dan juga mempunyai banyak pilihan tempat untuk membeli-belah.



Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. Menara ini merupakan bangunan komunikasi ketujuh tertinggi di dunia. Menara ini lebih tinggi berbanding Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur kerana terletak pada di kemuncak 94m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Pelancong melawat Menara KL untuk mempunyai pandangan 360 darjah bandar. Lif hanya mengambil masa 54 saat naik ke dek pemerhatian dan mengambil 52 saat untuk turun.



Bangunan Sultan Abdul Samad ialah bangunan sejarah yang unik senibinanya ini telah menjadi saksi ketika saat kemerdekaan negara di Malaysia suatu ketika dahulu.  Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894. Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka. Bangunan yang masih utuh dan berusia lebih sedekad ini sering menjadi destinasi pilihan bagi pelancong luar di Kuala Lumpur kerana keunikannya yang tidak ternilai harganya. Pada waktu malam, suasana di sini juga menarik dan meriah dengan sinaran lampu neon yang melimpahi bangunan ini.



Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor terletak dipusat pentadbiran lama Kuala Lumpur. Pada asalnya ia merupakan padang kriket bagi Kelab Selangor (kini Kelab diraja Selangor). Dataran Merdeka adalah salah satu tempat untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara Malaysia pada setiap tahun. Di sini juga terletaknya sebatang tiang bendera Malaysia yang merupakan tertinggi di Malaysia. Sesuai untuk bersantai-santai bersama kawan di padang mahupun untuk bergambar melihat bangunan-bangunan menarik di sekitarnya.